Mulakan dengan :

Mulakan dengan :

Thursday 16 June 2011

kitab yang banyak manfaat dan faedah..


Al- Quran adalah Dustur kita semua. Allah swt mencipta manusia dan dalam masa yang sama Allah swt memberi kitab panduan kepada hamba-hambanya bagi memudahkan  kehidupan sementara di dunia ini. al-Quran sebagai kitab panduan yang mesti difahami isi kandungannya kerana disana terlalu banyak faedah dan manfaatnya, manfaat dan faedah ini akan bernilai kepada orang-orang yang mengkaji ,mendalami dan orang-orang yang mahu mengambil iktibar daripadanya.

Friday 3 June 2011

Renungan....




فقد روى إبن مسعود - رضي الله عنه - أن الرسول - صلى الله عليه وسلم - قال : [ من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنه والحسنة بعشر أمثالها لا أقول ألم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف ] (رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح
Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

Thursday 2 June 2011

kem SEDINAR






Kem SEDINAR  adalah  Kem  Seminggu  Di  bawah Naungan  Al-Quran.
 
  Kem ini akan menekankan kepada dua aspek
 
 Pertamaadalah  Tahsin Al-Qiraah atau memperelokkan bacaan al-quran dengan mempelajarihukum-hukum tajwid sama ada dari segi makhraj huruf al-quran, hukum nun mati dan tanwin, hukum mim mati, hukum-hukum mad, hukum qalqalah, wajibul ghannah dan sebagainya.
 
 Kedua : Tahfiz Al-Quran atau menghafal al-quran menggunakan kaedah Quranuna.

         Kaedah Quranuna ialah satu kaedah menghafal al-quran dengan cara yang mudah, bersifat santai, menarik dan efektif. Di antara keistemewannya ia menggabungkan aspek mental ,fizikal, dan spiritual dalam penghafalan dan juga setiap ayat diulang antara 80 hingga 100 kali dengan menggunakan teknik yang sangat menarik dan tidak membosankan, juga ia menggunakan pendekatan matematik dimana anak-anak mampu mengingati nombor ayat dan surah yang dihafal dan lain –lain lagi.

Tarikh : 29 Mei hingga 4 Jun 2011
Tempat : Surau Abdul Rahman Auf , Sek. 3 Bangi
Peserta : Pelajar Sek. Ren. & Men (Terhad) 
keterangan lanjut sila hubungi : Ust Abdul Rahhim  (017 475 3040)