Mulakan dengan :

Mulakan dengan :

Thursday 2 June 2011

kem SEDINAR






Kem SEDINAR  adalah  Kem  Seminggu  Di  bawah Naungan  Al-Quran.
 
  Kem ini akan menekankan kepada dua aspek
 
 Pertamaadalah  Tahsin Al-Qiraah atau memperelokkan bacaan al-quran dengan mempelajarihukum-hukum tajwid sama ada dari segi makhraj huruf al-quran, hukum nun mati dan tanwin, hukum mim mati, hukum-hukum mad, hukum qalqalah, wajibul ghannah dan sebagainya.
 
 Kedua : Tahfiz Al-Quran atau menghafal al-quran menggunakan kaedah Quranuna.

         Kaedah Quranuna ialah satu kaedah menghafal al-quran dengan cara yang mudah, bersifat santai, menarik dan efektif. Di antara keistemewannya ia menggabungkan aspek mental ,fizikal, dan spiritual dalam penghafalan dan juga setiap ayat diulang antara 80 hingga 100 kali dengan menggunakan teknik yang sangat menarik dan tidak membosankan, juga ia menggunakan pendekatan matematik dimana anak-anak mampu mengingati nombor ayat dan surah yang dihafal dan lain –lain lagi.

Tarikh : 29 Mei hingga 4 Jun 2011
Tempat : Surau Abdul Rahman Auf , Sek. 3 Bangi
Peserta : Pelajar Sek. Ren. & Men (Terhad) 
keterangan lanjut sila hubungi : Ust Abdul Rahhim  (017 475 3040)

 

No comments:

Post a Comment